Sunday, August 22, 2010
Pernah tak kalian sembang-sembang bukan rasmi dengan kawan2 kalian... Tak pun kawan kalian mengadu pasal anaknya yang nakal ala2 hyper gitu. Tanyakan samada anaknya itu juga anak istimewa....
~~~~ Cuba-cuba kau check budak tu macam boleh masuk kelas khas... hyper! Kata teman 1.
~~~~ Hai, kenapa bah anak aku tu... nakal...hyper...istimewa juga kah tu? Kata teman 2.
Hohohohoho mcmlah aku ni Dr. / pakar psikiatri sahaja yg boleh mendiagnostik. Kami guru2 PK hanya boleh memberitahu secara umum sahaja berdasarkan ciri umum yang kami tahu.
Oklah jom kita tgk... adakah benar anak itu ADH atau cuma hyperaktif.
Sleep Apnea Pada Anak
Sleep Apnea adalah gangguan tidur di mana simptomnya adalah mendengkur dan rasa mengantuk yang berlebihan. Sleep apnea, yang bermasuk sesak nafas semasa tidur, jika ia berlaku pada orang dewasa ia akan menyebabkan hipertensi berbagai penyakit jantung, diabetes hinggah stroke. Dikalangan kanak-kanak, sleep apnea menjadi lebih serius kerana ianya memberi kesan terhadap pertumbuhannya.
Perhatikan semasa anak anda tidur, ketika dia mendengkur. Pada saat suara dengkurannya mula hilang, anak anda kelihatan sesak seolah tercekik. Perkara ini berlaku kerana berlaku penyempitan dalam saluran pernafasannya yang mengakibatkan udara tidak dapat masuk atau keluar. Akibat oksigen yang merosot dan kadar karbondioksida yang meningkat mendadak, si anak akan terbangun disertai suara hentakan keras seolah nafas baru terbebas. Episod bangun ini disebut sebagao episo bangun mikro (micro arousal) kerana walaupun gelombang otak terbagun, namun si anak tidak terjaga. Dan episod ini ini terus berulang sepanjang malam hinggah menggangu kualiti tidurnya. Akibat drpd itu, si anak akan terus berada dalam kondisi kurang tidur, walaupun sebenarnya dia sudah cukup tidur. Anak, untuk melawan rasa kantuknya justeru itu dia menjadi aktif secara fizikalnya.
Tidur pada Anak
Proses tidur amatlah penting bagi seorang anak. Kerana proses perkembangan berlaku pada waktu tidur. Pada tahap tidur dalam, dikeluarkan growth hormone yang berperanan dalam proses pertumbuhan. Sedangkan pada tahap tidur mimpi, dipercaya sebagai tahap tidur dimana kemampuan kognitif, mental dan emosional dijaga.
Dengan adanya sleep apnea, proses tidur akan terpotong-potong. Akibatnya proses tumbuh kembang pun terganggu. Kecerdasan dan potensi-potensi mental lain yang seharusnya tumbuh dan berkembang saat tidur, tidak tumbuh. Kondisi emosionalnya pun buruk, anak jadi murung dan mudah marah. Kernana mengantuk, anak juga semakin aktif dan sukar memusatkan perhatian.
Sumber: http://sleepclinicjakarta.tblog.com/post/1970054835
Monday, August 9, 2010
Sepertimana kanak-kanak normal, kanak-kanak Autisma juga boleh dibimbing dalam mengurus emosi mereka dan bagaimana mereka perlu mengekspresikan emosi mereka. Bezanya proses ini mungkin mengambil masa yang lama berbanding kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak autisma harus dibimbing untuk merasakan bahawa tindakan dan emosi tantrum mereka secara umumnya adalah tidak diterima oleh orang sekitar Itingkah laku yang tidak diingini).
Dalam usaha membimbing yang mengambil masa yang panjang ini, bukan sahaja kanak-kanak autistik ini akan merasa letih dan "fed up" dan seterusnya boleh menyebabkan tantrum/marah, kita sebagai yang membimbing mereka juga adakalanya timbul rasa jenuh dan harus banyak bersabar.
Dalam proses pengurusan tingkah- laku ini, paling sering pun kanak-kanak autisma ini akan merasa letih untuk mempelajari perkara baru. Ini kerana anak-anak autistik tidak dapat memproses data yang diterimanya sepertimana kebanyakkan kanak-kanak biasa, dan adakalanya faktor luaran seperti kebisingan, cahaya yang terang atau bunyi-bunyian kuat juga boleh menimbulkan kemarahan dan tantrum mereka. Berhadapan dengan pelbagai rupa dan melakukan pelbagai / banyak aktiviti juga boleh mencetuskan tingkah laku reaktif anak-anak autisma.
Sebuhangan dengan itu, kita tidak harus memberinya tekanan dan juga mengharapkan perubahan yang terlalu cepat dalam tingakah laku mereka keran dengan itu juga boleh mengakibatkan wujudnya tingkah laku tidak diiingini dalam diri mereka. Perkara ini mungkin melelahkan kita, namun apabila kita membimbingnya sedari kecil lagi, mendisiplinkan dan mengurus tingkah lakunya kemungkinan akhirnya mereka akan membiasakan diri dalam lingkungan kehidupan normal.
Ibubapa atau penjaga perlu untuk mempelajari perkara yang menyebabkan tingkah laku tantrum anak-anak autism daripada pemerhatian mereka sehinggah menenui cara bagaimana yang sesuai untuk membimbing anak mereka. Proses ini juga memerlukan dedikasi dan kesabaran yang ekstrem, namun kosistensi dan ketekunan adalah berbaloi. Kenalpasti bagaimana anak autisma ini berkomunikasi tanpa menggangu mereka. Kanak-kanak autisma akan belajar menjadi yang terbaik sesuai dengan kemampuan mereka, untuk sesuai dengan masyarakat dan menghadapi cabaran dan peluang baru.
Sunday, August 23, 2009
Perbicaraan berkisar tentang aku dan anak2 murid ku...
CERITA 1
Aku cuba untuk berfikiran positif terhadap pandangan mereka2 ini terhadap aku, anak2 murid ku dan juga rakan seperjuangan ku yang lain. Beranggapan mereka2 ini sebenarnya KURANG ARIF atau KURANG TAHU tentang pendidikan Khas dan juga "warga" didalamnya serta "sistem" yang digunakan.
Dengan KEKURANGAN itu, apa saja tanggapan dan dugaan mereka fikirkan, katakan, luahkan dan juga ceritakan. Mereka boleh menganggap apalah saja dengan mengajar hanya 6 orang murid, itu kalau hadir semua..kalau 3/4 org sahaja yang hadir..lagi goyang kaki.. Mereka boleh merasa "tak sepadan" dengan DG41 dengan menjadi guru PK. Mereka boleh merasa pelik apabila ada yg berdegree sains/jurutera mengajar murid2 OKU. Auwwwhhh...apa sajalah yg mereka tanggapkan.
Mungkin juga KEKURANGAN mereka itu ditambah dengan KEKURANGAN kita sendiri. Bertegaslah dengan apa yang kita ada. Kemahiran kita, keperluan anak2 itu, kesesuaian p&P untuk anak itu. Yang penting alternatif kita untuk memperbaiki sistem lapuk, inisiatif kita memperbaiki p&p, kesugguhan kita untuk membantu anak2 ini. Dan juga KEYAKINAN kita untuk menjawab segala persoalan2 mereka2 yang KURANG ARIF ini. KEYAKINAN kita untuk memberi penjelasan tentang apa yg mereka kurang jelas. Kalau kita TIDAK YAKIN, pastinya kita juga dipandang SERBA TAK TAHU walau kita dalam bidang ini.
Untuk mereka2...
Banyakkan baca...layarilah internet...Jawapan segala persoalan anda ada di sana. Peleraian segala dugaan anda juga ada..Cari, ambil peluang ini utk mengenali kami. Kerana mungkin suatu hari nanti kamu mungkin ditakdirkan bersama dengan kami. Masa depan kita tiada siapa yang pasti tahu..
************************************************************************
CERITA 2
Cuti seminggu...Respon ibubapa.
Ada ibu yang mengatakan bahawa anaknya akan mengamuk kalau tak p sekolah. Dia suka sangat p sekolah. Aku bertanya kalau2 dirumah dia tiada kawan. Kata ibunya hanya ada adik beradik yang lain. Mungkin disekolah lebih menyeronokkan baginya. Di sekolah mereka boleh bermain dan belajar bersama rakan "sesama" mereka. Yang lainnya ok2 aja. Duduk di rumah. yang ada terapi, akan pergi pusat terapi.
CERITA 3
Kencing dalam seluar...Bapa berkongsi masalah.
Anaknya 2 minggu kebelakangan ini suka kencing merata semasa di rumah. Pelik. Di sekolah pandai pula dia pergi tandas sendiri. Kalau aku bawa ke kelas PKBP atau Kantin pandai pula dia beritahu nak kencing. Kenapa erk? Berdasarkan pengalaman....selalunya budak TERkencing atau TERberak (selain cirit birit) ni, dia ada perasaan takut (selain daripada budak yg tak tahu memberitahu atau org dewasa yg tidak faham bahasanya). Itu berdasarkan pengalaman menjadi guru PKBP...
Jom kongsikan maklumat ini pulak...Sila klik Di sini untuk maklumat lanjut..
Kurang perhatian pengaruhi personaliti anak-anak-->
Menurut salah seorang pengasuh, Nina seorang kanak-kanak yang ceria dan tidak menghadapi masalah di pusat jagaannya. Namun menurut ibunya, Rozie Haizan, 30, di rumah Nina berubah menjadi seorang kanak-kanak yang pendiam dan seringkali menahan untuk membuang air kecil.Perlakuan pelik Nina yang gemar menahan kencing menyebabkan dia kerap terkencing dalam seluar dan seterusnya membangkitkan kemarahan ibunya. Situasi membingungkan yang dihadapi Rozie, mungkin juga berlaku pada kebanyakan ibu bapa.Ia merupakan konflik personaliti kanak-kanak yang berbeza pada dua keadaan iaitu di pusat jagaan kanak-kanak dan di rumah. Persoalannya, apa yang mendorong atau menjadi punca keadaan tersebut berlaku pada kanak-kanak seperti Nina? Menurut Rozie, ketika berusia setahun, anak tunggalnya itu tinggal bersama ibunya di kampung kerana Rozie tidak yakin untuk melepaskan anak kesayangan yang masih kecil ke pusat jagaan kanak-kanak.Apabila berusia dua tahun, Nina kembali tinggal bersamanya. Bagi memantau anaknya ketika dia dan suami keluar bekerja, Rozie mengambil seorang pembantu rumah. Memasuki usia tiga tahun, Nina dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak dan masalah menahan air kencing mula menjadi tabiat anak kecil itu.
Thursday, May 7, 2009
Definisi Pengurusan Tingkah laku.PTL ialah tingkahlaku yang dilakukan oleh guru, ibu bapa atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai tingkahlaku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat.
Apakah Program Pengurusan Tingkah Laku
Ia adalah dokumen bertulis yg menjelaskan perkara-perkara berikut :
v Jenis perlakuan yg dinilai
v Kekerapan perlakuan
v Keadaan semasa perlakuan dinilai
Konsep Pengurusan Tingkah Laku
- Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.(Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).
- Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku-kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.
- Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif-bebas gangguan
- Langkah asas:-v Kenal pasti tingkah laku
v Tentukan sasaran
v Pilih strategi, kaji kesan
v Aplikasi strategi baru jika perlu, bina yang baru
Teknik Pengurusan Tingkah Laku
1. Alat pengukuran personal (personal tools)
v Kedekatan fizikal (physical proximity) dekati murid yang bermasalah.
v Mobiliti fizikal (physical mobility)-jalan depan ke belakang, ke tepi atau keliling kelas, buat pengawasan.
v Pandangan guru (ekspresi wajah), menyenangkan, menarik, marah, benci, kecewa.
v Setiap guru mesti mahir menggunakan teknik ini
2. Teknik pencegahan (preventive techniques)v Kurangkan ketegangan, pengajaran lancar
v Iklim positif
v Peramah, peneguhan, berhati-hati
v Persekitaran terurus
v Patuhi rutin bilik darjah, sistem kutip buku
v Bentuk peraturan, perlakuan yang diterima dan tidak diterima
3. Tindakan Pembetulan (corrective measures)v Tangani masalah secara spontan, henti secara baik tidak merosakkan
v Ubah fokus tingkah laku secara positif, henti tingkah laku negatif dan harmonikan iklim bilik darjah
v Caranya:-v Guna hukuman yang diketahui murid dan relevan
v Tukar tempat duduk, jumpa selepas pengajaran
v Bimbing perlakuan yang positif
v Jelaskan hak mereka, ingatkan mereka selalu
v Gunakan alat pengukuran personal-wajah dll.
Teknik - teknik Pengurusan Tingkah Laku
1. Peneguhan
2. Tukar persekitaran fizikal
3. Ubahsuai program pengajaran
4. Guru menukar tingkahlaku sendiri
5. Kualiti guru
6. Penggunaan ganjaran
7. Pembentukan
8. Pengasingan (time-out)
9. Dendaan / hukuman
10. Penghapusan
11. Rakan sebaya (modelling)
12. Kejalakan (satiation)
13. Bimbingan dan Kaunselling
Apakah Program Pengurusan Tingkah Laku
Ia adalah dokumen bertulis yg menjelaskan perkara-perkara berikut :
v Jenis perlakuan yg dinilai
v Kekerapan perlakuan
v Keadaan semasa perlakuan dinilai
Konsep Pengurusan Tingkah Laku
- Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.(Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).
- Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku-kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.
- Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif-bebas gangguan
- Langkah asas:-v Kenal pasti tingkah laku
v Tentukan sasaran
v Pilih strategi, kaji kesan
v Aplikasi strategi baru jika perlu, bina yang baru
Teknik Pengurusan Tingkah Laku
1. Alat pengukuran personal (personal tools)
v Kedekatan fizikal (physical proximity) dekati murid yang bermasalah.
v Mobiliti fizikal (physical mobility)-jalan depan ke belakang, ke tepi atau keliling kelas, buat pengawasan.
v Pandangan guru (ekspresi wajah), menyenangkan, menarik, marah, benci, kecewa.
v Setiap guru mesti mahir menggunakan teknik ini
2. Teknik pencegahan (preventive techniques)v Kurangkan ketegangan, pengajaran lancar
v Iklim positif
v Peramah, peneguhan, berhati-hati
v Persekitaran terurus
v Patuhi rutin bilik darjah, sistem kutip buku
v Bentuk peraturan, perlakuan yang diterima dan tidak diterima
3. Tindakan Pembetulan (corrective measures)v Tangani masalah secara spontan, henti secara baik tidak merosakkan
v Ubah fokus tingkah laku secara positif, henti tingkah laku negatif dan harmonikan iklim bilik darjah
v Caranya:-v Guna hukuman yang diketahui murid dan relevan
v Tukar tempat duduk, jumpa selepas pengajaran
v Bimbing perlakuan yang positif
v Jelaskan hak mereka, ingatkan mereka selalu
v Gunakan alat pengukuran personal-wajah dll.
Teknik - teknik Pengurusan Tingkah Laku
1. Peneguhan
2. Tukar persekitaran fizikal
3. Ubahsuai program pengajaran
4. Guru menukar tingkahlaku sendiri
5. Kualiti guru
6. Penggunaan ganjaran
7. Pembentukan
8. Pengasingan (time-out)
9. Dendaan / hukuman
10. Penghapusan
11. Rakan sebaya (modelling)
12. Kejalakan (satiation)
13. Bimbingan dan Kaunselling
Wednesday, May 6, 2009
Maksud & Definisi T/laku :· Semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur & dinilai· Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
· Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Definisi Menurut Lewis M.Beaker(2001)· Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
· Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Definisi Menurut Garry Martin & Joseph Pear(2003)· tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi.
· dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.
· pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.
Definisi oleh Carl Rogers (1999)· Rogers menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan.
· Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.
Definisi Menurut Al-Ghazali dari perspektif Islam· Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.
· Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri:
· Setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan.
· Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu sendiri.
· Motivasi ini boleh di rangsang oleh rangsangan-ransangan luar atau dalaman yang berkaitan dengan keperluan-keperluan fisiologi atau emosi seperti perasaan lapar atau cinta dan takut kepada Allah.
· Motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan sesuatu.
· Tingkah laku yang timbul adalah berkaitan dengan perasaan dan kesedaran terhadap satu-satu situasi itu.
· Interaksi sentiasa berlaku secara terus menerus antara satu motivasi dn tingkah laku.
Tingkah laku manusia terbahagi kepada dua peringkat
· Manusia dipengaruhi oleh motivasi dan kegopohan serta kelakuannya.
· Manusia lebih dipengaruhi oleh pemikiran yang rasional.
DEFINISI SALAH LAKU· Sebarang tingkahlaku yang dianggap tidak sesuai kepada satu tempat atau keadaan di mana ia berlaku.
· Tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat termasuk sekolah (Mok Soon Sang, 2004)
· Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.
· Tingkah laku bermasalah yang timbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi/akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran.
Definisi Tingkah laku bermasalah
· Mohd.Nazar Mohamad (1990), mentakrifkan tingkah laku bermasalah sebagai tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupannya.
· Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam bilik darjah.
Jenis-jenis Masalah Tingkah laku
1. Minor-tidak perlu tindakan disiplin serius, pemulihan.
2. Kronik-perlu kaunseling/teknik modifikasi
Masalah Minor
1.Tidak ikut peraturan, prosedur.
2.Ganggu aktiviti bilik darjah, pembelajaran Contoh, Lupa siapkan kerja rumah,Ganggu guru
3. Buat aktiviti yang tiada kaitan dengan pelajaran semasa p&p
4. Enggan patuhi arahan guru
Masalah Major1. Masalah minor yang kerap
2. Contoh, ganggu kelas, tidak patuhi arahan, ganggu murid lain, cabar guru
Masalah Kronik· Masalah serius berterusan, konsisten dan sukar diubah
· Perlu intervensi jangka panjang
· Perlu kaunseling atau modifikasi tingkah laku
· Jika tidak dibetulkan menjadi masalah emosi dan sosial yang serius
· Contoh- anti sosial, cabar autoriti,tidak hormat guru, murid lain, bergaduh, vandalisme dll.
Sejarah kpd teori Pengurusan T/laku:
· Kajian ahli psikologi :
1. Operant Conditioning (Pertalian antara t/laku & akibat) Thorndike & Skinner
2. Classical Conditioning (Pertalian antara rangsangan & tindakbalas) Watson & Pavlov
3. Teori Psychoanalytic – Sigmund Freud
4. Teori Pembelajaran Sosial – Bandura
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN T/LAKU
- Ilmu psikologi telah memberi pelbagai maklumat berkaitan perkara-perkara yg menentukan t/laku
- Pd. peringkat awal, para pengkajiberpendapat t/l disebabkan oleh kuasa dalaman spt. keturunan, kandungan kimia dlm. badan & pengalaman
- Mulai tahun 1920 an – perubahan terdapat perubahan pendapat dpd. Faktor dalaman kpd. peristiwa luaran / persekitaran
- Rumusan – ‘kebanyakan t/laku adalah dipelajari sepanjang masa’
- ‘t/laku yg tidak sesuai boleh diubah kpd. t/laku baru’
- Semua t/laku dipelajari
- Semua t/laku adalah ‘stimulus spesific’
- T/laku boleh diajar & diubah
- Matlamat perlu jelas & spesifik
- Program perlu secara individu
- Program perlu fokus masa kini
- Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak
MODEL TINGKAH LAKU MANUSIAPsychodynamic
Environmental
Biophysical
Behavioral (Model ABC)
The Best Casinos Near Atlanta - MapYRO
ReplyDeleteCasino 전라남도 출장샵 Near Atlanta - Find Casinos Near Atlanta in 2021 - Use this simple form to find and compare the top casinos in Atlanta.Can 광양 출장안마 I 군포 출장샵 stay at one of 부산광역 출장안마 these casinos near Atlanta?What is the closest casino 여주 출장마사지 to Atlanta?